Saturday, May 8, 2010

AKU, KUNANG-KUNANG DAN....


Malam itu dingin, terlalu dingin.Ditemani sinar pudar bulan sabit, sesekali Angin garang. Sesekali ia sepoi-sepoi. Sedang suasana masih tenang
Aku dikejutkan cahaya gemerlapan ditengah kegelapan malam. Selama seminggu aku menghabiskan cuti dikampung ini kali pertama aku melihat kelibat kunang-kunang didada malam. Cantik, indah, mempersonakan, ibaran melihat kerlipan bintang dari jarak yang dekat.. selang beberapa minit kemudian, seekor lagi kunang-kunag kelihatan. Bagai menari-nari, Berpasangan.dalam pelbagai formasi, mungkin salah satu cara berkomunikasi.Semakin lama, bilangan formasi kunang-kunag semakin banyak. Bagai berpesta dalam kegelapan malam, indah dan syahdu.
 
Formasi kerdipan mereka juga berubah, pelbagai pola dan corak dipertontonkan, menambahkan lagi kekaguman aku. Bersuluh-suluh dalam jumlah yang besar. Semakin lama semakin banyak dan bertambah. Semakin banyak semakin meriah. Dalam keunikan kerdipan mereka, aku terlihat ada lagi sepasang cahaya terang, kuning kehijauan anihya tidak berkelip. 
 
 
 
Semakin lama cahaya itu semakin membesar. dan sesekali hilang dibalik gelap. Hatiku makin merasa tidak sedap dan tenteram. Namun kemalasan punggungku, menahan aku daripada berganjak. Aku mula menyedari yang cahaya itu makin dekat dan makin membesar membuat aku memang berdebar. Degup makin kencang. peluh jantan mula mengalir. Aku mula memikirkan tentang entiti-entiti mistik yang pernah menjadi sebutan penduduk kampung ketika aku kecil dulu. Cerita-cerita yang dipindahkan dari generasi ke generasi. Seketika dia timbul, seketika dia hilang. Hidungku sudah mula menghidu akan bauan asap ubat nyamuk, yang terkadang bertukar seperti bau kemian. Makin kuat menusuk hidungku.

Keadaan sekitar makin membuatkan aku agak tidah senang duduk, angin yang tadi tak menentu, sekaraing makin tenang dan dingin.Bulan sabit pula tidak kelihatan kerana mula dilitupi awan. Namun cahayanya masih dapat menyuluhi gelap malam. Makin meremang bulu roma aku. Kali ini punggung dan kakiku yang malas sedari tadi mula tidak dapat digerakkan. Dalam samaran suluhan cahaya bulan, terlihat seakan ade kelibat yang terbentu. kakiku mula kaku dan pingangku mula membatu. susukan lembaga kian kelihaan dan cahaya tadi memang semakin dekat. dan tiba-tiba.




Si buntal, kucing kesayangan datuk baru pulang daripada melawat kawasan, macam takde time lain ke die nak balik..dengan slamba kucing je di lalu depan aku. buat derk je.. bederau darah aku.. memang merencatkan feel aku.. suasana malam yang dingin aku nikmati semula. Setelah beberapa ketika tadi aku digertak oleh kelibat sinaran mate kucing.. yang membuatkan aku terbatu ketakutan seketika.

0 comments: