Saturday, May 15, 2010

AKU SUPERHERO


Aku bukanlah superman, aku memang superhero, same macam superman.. aku mempunyai identiti yang rahsia.. sama seperti superman.. satu negara perlukan aku.. kalau aku tiada, siapa yang akan menolong negara.. same macam superman..

Aku tetap aku, aku ibarat pelangi, walau tak mewarnai, tapi mengindahkan... aku ibarat matahari, tak menghangatkan, namun mampu menyinarkan.. aku ibarat sang bulan, walau tak menyinari malam, tapi mampu menyeri.. huhu itulah aku.. amat susah orang nak faham tapi.. aku memang diperlukan..

Aku berkhidmat kepada setiap lapisan masyarakat.. aku berkhidmat kepada semua kaum.. semua taraf hidup aku layan sama rata.. tapi aku umpama, ada dalam tiada.. pun begitu aku puas sebab dapat memberikan perkhidmatan yang sesempurna mungkin..

Same macam superman, aku bergerak disegenap kawasan.. di kampung-kampung, di bandar, di luar bandar.. diseantero rantau.. aku gembira daat berbakti kepada masyarakat. Walau tidak memiliki kuasa superhero.. aku tetap seorang hero.. aku tak boleh terbang, tak kuat untuk berlawan, aku tak menggunakan kekerasan, aku tak mampu untuk telus pandang, aku tak mampu untuk mendengar dari jarak jauh, aku tak mampu membengkok besi, aku bukan bullet proof, aku tak kuat untuk angkat bangunan.. aku tak mampu untuk membuat laser beam, aku hanya mampu melarikan diri bila anjing mengejarku.. tapi aku bukan lemah, aku kuat, aku normal tapi aku tetap superhero..Aku bangga dengan tugasanku,, walau tiada hari yang khas untuk memperingatiku, tapi bakti terus ku curahkan untuk kesenangan masyarakat.. mereka bererti buat aku.. aku ada kerana mereka..



Akulah POSMAN, aku perantara mereka yang bercinta, aku pengerat hubungan kekeluargaan, aku tak menggunakan keganasan untuk menegakkan keadilan, aku menghantar surat-surat mahkamah, surat-surat saman bagi menegakkan keadilan... aku menghantar harapan kepada pemuda-pemudi yang menunuggu "U", aku pembawa harapan bagi mereka yang memohon pinjaman bank.. aku pengirim penyata.. aku warta rasmi pribadi setiap masyarakat..




....................................................................................................

0 comments: